Sunday, February 1, 2015

KEMASKINI DATA EOPERASI


Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Kota Bharu

Tuan,

MENGEMASKINI DATA MODUL PENGURUSAN GURU (EOPERASI) TAHUN 2015

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.            Mohon kerjasama semua guru di sekolah tuan agar dapat mengemaskini data Sistem   Maklumat Guru (eOperasi) yang boleh diakses melalui alamat sesawang http//sps.moe.gov.my
3.            Tuan dikehendaki memastikan semua maklumat guru adalah kemaskini. Untuk makluman tuan di peringkat sekolah pengurus data bagi Modul Pengurusan Guru adalah PK/GK Pentadbiran.
4.            Setelah proses pengemaskinian dilaksanakan tuan dikehendaki membuat cetakan pada Borang Status Kedudukan Guru Sekolah Rendah (BSKG_R) bertarikh 31 Januari 2015. Borang yang telah dicetak hendaklah dihantar ke pejabat ini sebelum atau pada 5 Februari 2015 dengan menggunakan surat iringan seperti di lampiran.
5.            Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Tuan Ismail Bin Tuan Ibrahim ,Penyelia Teknologi Maklumat di talian 012-9836038
Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu

Pohon guru kemaskini data eoperasi dalam sps -http://sps.moe.gov.my
KEMASKINI
1. Data peribadi guru
2. Data ikhtisas
3. Data akademik
4. Perkhidmatan
5. Enromen guru-sila rujuk data APDM

# Bahan

Garis Panduan SPS
Surat Siaran SPS Bil 21-2014


Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog InfoICTPPDKB . Tekan "LIKE" kalau suka...